Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, status Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan diketahui dalam masa terdekat selepas Bajet Pahang 2023 diluluskan.<br /><br />Katanya, keutamaan buat masa ini adalah untuk meluluskan bajet yang dibentangkan pada Jumaat lepas, supaya perancangan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat menerusi bajet itu dapat dilaksanakan.
